Memaparkan catatan dengan label Dedikasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dedikasi. Papar semua catatan

Jumaat, 27 November 2009

Salam Aidil Adha Untuk Semua..


Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPP9(1) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung blog, guru2 dan staf, warga sekolah serta semua murid-murid, khususnya yang beragama Islam di mana juga berada.

Aidil Adha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S dalam mentaati perintah Allah SWT. Umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim A.S yang diperintah Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S bagi membuktikan kepatuhan baginda terhadap suruhan Allah SWT dan peristiwa itu menjadi lambang pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Seperti yang diketahui terdapat beberapa orang guru yang menunaikan ibadah haji tahun ini. Diharapkan mereka selamat sepanjang berada di sana dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT dan selamat kembali ke tanah air serta beroleh haji yang mabrur.

Ambillah peluang bersama dengan keluarga untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan tali persaudaraan semasa menziarahi sanak saudara dan sahabat handai. Semoga hari ini menjadi pemangkin kepada kita untuk berusaha menjadi seorang yang sanggup melakukan pengorbanan demi mentaati perintah Allah SWT.

Jumaat, 25 September 2009

Selasa, 8 September 2009

All The Best!!!


Masa yang dinantikan sudah tiba.. Lakukanlah yang terbaik untuk UPSR kali ini. Bulatkan tekad dan kuatkan semangat. Kami di UBK sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda. Kejayaan anda adalah kebanggaan kami. Teruskan perjuangan. All The Best!!

Sabtu, 5 September 2009

GEMURUH UPSR SKPP9(1)

'

*** Untuk melihat video klik 'STOP' pada ruangan radio di sebelah bawah kanan blog.

'

Memandangkan peperiksaan UPSR tinggal beberapa jam sahaja dari sekarang maka cikgu paparkan video kursus motivasi yang pernah murid sekalian sertai satu ketika dahulu. Satu kenangan yang manis buat cikgu sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini bersama dengan anda semua murid-murid tahun enam 2009. Semoga perasaan gemuruh yang anda rasakan sekarang adalah gemuruh yang membawa kejayaan dan kegemilangan seterusnya memecahkan rekod pencapaian terbaik UPSR sekolah ini. GOOD LUCK IN YOUR EXAMS!!!

Sabtu, 4 Julai 2009

Tahniah Kepada Pemenang


Pihak UBK SKPP9(1) mengucapkan tahniah kepada para pemenang yang telah memenangi hadiah dan wang tunai sempena pertandingan mengarang cerita sempena cuti sekolah baru-baru ini. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada hari Jumaat 03 julai 2009 di dataran perhimpunan dan disempurnakan oleh Pn. Nafishah Binti Hassan Guru besar SKPP9(1). Karya pemenang telah dipaparkan di dalam blog ini bersama dengan gambar pemenang. Semoga ia menjadi pemangkin agar anda lebih berusaha untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang mengasah bakat dan minda selepas ini. Kepada peserta yang tidak memenangi pertandingan ini janganlah bersedih hati kerana karya anda juga hebat tetapi sudah menjadi adat pertandingan hanya satu yang akan dipilih. Terima kasih kerana menyertai pertandingan yang julung kali diadakan ini. Cuba lagi pada masa akan datang dan yakinlah bahawa anda adalah salah seorang murid yang terbaik di kalangan yang terbaik!

Jumaat, 5 Jun 2009

Selamat Bercuti..


UBK SKPP9(1) mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru sekolah ini dan kepada murid-murid sekalian. Manfaatkanlah masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah. Kepada pelajar2 yang akan menduduki peperiksaan UPSR, harus diingat bahawa masa cuti bukan bererti anda tidak perlu membuka buku untuk mengulangkaji pelajaran. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk anda menempuhi peperiksaan. Kejayaan anda dalam peperiksaan harus diberikan keutamaan. Buat yang lain, rehatkan fizikal, rehat minda, rehat jiwa dan tenangkan fikiran anda semasa cuti ini. Semoga ia dapat memberikan ketenangan dan semangat baru apabila memasuki semula alam persekolahan. Berhati2 sepanjang cuti persekolahan ini dan jaga keselamatan diri anda. Catat kenangan manis anda sepanjang cuti ini dan jangan lupa untuk masuk pertandingan mengarang cerita. Jumpa lagi!
'
'

Ahad, 24 Mei 2009

Good Luck In Your Exams!

Didoakan agar semua murid dapat menghadapi peperiksaan pertengahan tahun ini dengan jayanya. Hadir awal ke sekolah dan buatlah pilihan sebaik mungkin sebelum menjawab soalan. Sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya dan sesiapa yang malas hanya kegagalan adalah miliknya. Be the best among the best!

Sabtu, 23 Mei 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang


Unit Bimbingan & Kaunseling SKPP9(1) mengucapkan sekalung tahniah kepada guru-guru dan staf sekolah ini yang telah mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 23 Mei 2009. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Pengarah PPWPP Tuan Haji Khairil Bin Awang. Semoga anugerah yang diterima ini membakar lagi semangat anda untuk terus berkhidmat dengan lebih gigih dan cemerlang di masa akan datang. Tahniah!!!

Guru-guru dan staf yang menerima anugerah ialah:
1) Puan Zaidas Binti Hamzah
2) Puan Juriah Binti Haji taib
3) Puan Rozilah Binti Md Khir
4) Puan Saliza Binti Saludin
5) Puan Sanisah Binti Samad
6) Puan Nasiam Binti Dahuri

Rabu, 20 Mei 2009

Selamat Hari Guru dari UBK SKPP91

UBK SKPP91 mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru SKPP9(1). Semoga kita semua dirahmati dan diberkati Illahi. Buat anak murid yang ingin memberikan ucapan kepada guru-guru anda bolehlah berbuat demikian di ruangan 'comments' di bawah.

Selasa, 19 Mei 2009

Assalamualaikum Semua

Rasa syukur dipanjatkan kehadrat Illahi kerana memberikan peluang untuk cikgu mewujudkan blog ini sebagaimana dirancang untuk murid-murid semua. Blog bimbingan 911 ini cikgu adakan khas untuk murid sekolah ini dengan tujuan untuk memberikan perkhidmatan sebaik mungkin disamping memanfaatkan teknologi yang sedia ada.
Dengan wujudnya blog ini adalah diharapkan agar murid-murid semua dapat mencari maklumat berkaitan pelajaran, motivasi seterusnya maklumat berkaitan bimbingan dan kaunseling secara langsung atau tidak langsung. Manfaatkanlah blog ini sebaiknya. Sekiranya terdapat pandangan dan cadangan bolehlah dinyatakan di sini. Sebarang masalah jangan lupa untuk bertemu dengan guru bimbingan dan kaunseling anda di sekolah. Jangan lupa untuk senyum 1... 2... 3... :-)