Khamis, 11 Ogos 2011

Salam Ramadan














Salam Ramadan buat semua warga SKPP9(1).

Selasa, 8 Februari 2011

selamat hari lahir FEBRUARI 2011


Kami di Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada guru-guru dan staff SKPP9(1) yang lahir pada bulan Februari. Mereka yang dimaksudkan:





PN. HARTINI BT ABDUL GHANI
12 FEBRUARI 1979






EN. MOHAMAD SYAMSUL BIN MOHD YUSOF
13 FEBRUARI 1982





PN. NUR FARIDAH BT ABDULLAH@ZAKARIA
15 FEBRUARI 1979



Isnin, 7 Februari 2011

KEBERSIHAN DIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada hari ini Isnin 7 Februari 2011,Pn. Norlida sepatutnya dijadualkan memberi ucapan ringkas bertajuk "Kebersihan Diri " dalam perhimpunan rasmi sekolah pagi ini. Tetapi perhimpunan rasmi pagi ini dimulakan sedikit lewat kerana perjalanan murid-murid ke dataran perhimpunan agak lambat dan lemah. Pn. Norlida perhatikan murid-murid kurang bermaya pada pagi ini. Mungkin disebabkan lama bercuti atau mungkin juga ada dikalangan murid-murid yang baru tiba dari kampung.

Disebabkan masa yang tidak mengizinkan,jadi Pn. Norlida tidak dapat berucap pada pagi ini. Sayang pula rasanya apa yang ingin dikongsi bersama murid-murid tidak dapat disampaikan.Mujurlah UBK SKPP9(1) mempunyai blog sebagai medium alternatif untuk mendekati dan menyebarluaskan segala maklumat dan informasi kepada warga SKPP9(1) khususnya dan pembaca-pembaca diluar amnya.

KEBERSIHAN DIRI

Sabda Rasulullah SAW :
"Kebersihan itu sebahagian daripada Iman"
Menurut hadis diatas,jelas kepada kita bahawa Islam menuntut kita untuk menjaga kebersihan termasuklah kebersihan diri sendiri.

Apa itu kebersihan?
Kebersihan bermaksud keadaan yang bebas dari segala kekotoran seperti debu,sampah dan bau.

Mengapa perlunya kita menjaga kebersihan diri?
Apa yang kita miliki dan punyai pada hari ini semuanya hanyalah pinjaman dari Allah SWT dan merupakan amanah yang perlu kita jaga dengan sebaiknya. Tanda kita bersyukur dengan nikmat Allah ini ialah dengan menjaga kebersihan diri kita sebaiknya. Dengan menjaga kebersihan diri juga kita dapat mengelakkan diri dari dijangkiti penyakit.

Bagaimanakah caranya untuk menjaga kebersihan diri?
Jagalah kebersihan tubuh badan kita:

1.Rambut
-Berambut pendek bagi lelaki. bagi murid perempuan yang tidak bertudung,rambut mesti kemas dan ikat dengan kemas bagi yang berambut panjang.
-Cuci rambut dengan kerap. Sekiranya mempunyai masalah kutu,dapatkan rawatan dengan segera.Jangan jadikan diri kamu penyebab berjangkitnya kutu kepada rakan-rakan lain disekolah.

2.Mata
Bersihkan mata dari tahi mata.

3.Hidung
Bersihkan kawasan dalam hidung. Sekiranya selsema,bawa bersama kamu sapu tangan atau tisu untuk mengelakkan kamu mengelap hingus di baju atau tali leher.

4.Telinga
Bersihkan juga bahagian dalam telinga dan cuping telinga.

5.Gigi
Berus gigi sekurang-kurangya 3 kali sehari. Ianya dapat mengelakkan nafas berbau.Selain kamu berasa selesa,rakan-rakan kamu juga turut selesa apabila berdamping dengan kamu.

6.Tangan dan kaki
-Cuci tangan sebelum dan selepas makan
-Cuci tangan apabila kamu keluar dari tandas
-Kuku mestilah dipotong pendek
-Berjalan dengan memakai kasut. Pada tahun lepas Pn. Norlida perhatikan apabila murid-murid masuk kebilik khas yang memerlukan mereka menanggalkan kasut seperti pusat sumber dan bilik J-QAF, apabila keluar untuk balik ke kelas, murid-murid selalu tidak memakai kasut.Mereka hanya berkaki ayam sehingga ke kelas. Harapan cikgu pada tahun ini murid-murid dapat mengubah tabiat buruk ini.

7.Pakaian
-Memakai pakaian yang bersih terutamanya pakaian seragam sekolah
-Pastikan kasut sekolah dalam keadaan yang bersih dan baik
-Pakai stokin yang bersih dan kerap menukar stokin untuk mengelakkan kaki berbau.
Ingatlah bahawa menjaga kebersihan diri adalah menjadi tanggungjawab diri kamu sendiri. Ia juga sebenarnya melatih dan mendisiplinkan diri kamu untuk menjaga kebersihan di sekeliling kamu.Apabila kamu menjaga kebersihan diri,secara tidak langsung kamu juga menjaga kebersihan bilik kamu,barang-barang kepunyaan kamu,rumah kamu, dan jika di sekolah, kamu menjaga kebersihan kelas dan sekolah kamu. Sekiranya semua murid mempunyai sifat prihatin tentang kebersihan, InsyaALLAH, di masa akan datang sekolah kita akan jauh dari masalah sampah sarap.

"Sesungguhnya ALLAH mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri"
(Al-Baqarah:22)

Selasa, 25 Januari 2011

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru 2011

Gambar-gambar sekitar majlis berlangsung

Tanggal 25 Januari 2011 telah dianjurkan satu program di bawah Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR 2011 dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini dinamakan sebagai 'Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru (MUAFAKAT)'. Ia diadakan di Bilik Serbaguna SKPP9(1) dengan kehadiran peserta dari kalangan ibu bapa murid tahun enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Antara objektif penganjuran majlis ini adalah untuk memberikan kesedaran tentang pentingnya persediaan awal belajar, memberikan pendedahan awal dan maklumat mengenai UPSR, memantapkan kemahiran keibubapaan dalam pendidikan di rumah serta menanam kesedaran yang tinggi kepada ibu bapa dan guru agar dapat membantu melonjakkan prestasi akademik anak-anak pada tahun ini.
Ceramah motivasi kemahiran keibubapaan kali ini disampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini iaitu En. Hussin Bin Ismail. Sebelum ini program yang sama diadakan ceramah disampaikan oleh Puan Kamisah Binti Jantan. Taklimat UPSR pula disampaikan oleh Puan Nik Sabariah selaku GPK Akademik. adalah diharapkan dengan pertemuan kali ini dapat membuka minda ibu bapa bahawa kerjasama antara ibu bapa dan guru merupakan pemangkin kecemerlangan anak-anak mereka.

Isnin, 24 Januari 2011

Sinar Kegemilangan 2011


Tahun 2011 adalah diharapkan menjadi tahun yang cemerlang bagi Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Putrajaya Presint 9 (1). Pelbagai kenangan manis menerajui unit ini akan terpahat sebagai ingatan dan kenangan. Antara yang paling manis ialah penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Kelab Bimbingan dan Kerjaya yang buat pertama kalinya ditubuhkan pada tahun 2010. Legasi ini akan diteruskan dan dibuat penambahbaikan pada tahun ini. Amat membanggakan apabila dua orang ahli PRS tahun lepas telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu dengan mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2010 manakala dua lagi mendapat 4A 1B. Kini mereka berdua yang mendapat 5A telah berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh. Sekalung penghargaan dan tahniah buat mereka dari Unit Bimbingan dan Kaunseling serta dari kami Guru Bimbingan dan Kaunseling anda. Kalian ibarat permata yang kami temui antara pepasir yang banyak di lautan dalam dan akan terus bersinar dan berkilau sekiranya terus digilap.
Perancangan Unit Bimbingan dan Kaunseling tahun ini adalah untuk memantapkan penyampaian UBK dan sebaran maklumat kepada semua murid SKPP9(1). Justeru itu, medium teknologi ICT menjadi pilihan dan akan digunapakai semaksimun yang mungkin. Penggunaan blog dan laman sosial facebook menjadi pilihan. Adalah diharapkan semua murid mendapat manfaat daripada usaha murni ini. Bersama kita melakukan perubahan. "Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa."