Agak lama cikgu tidak update blog ini walaupun sering dikunjungi oleh pengunjung setia tiap hari. Tiada entri baru yang dimasukkan dan tiada maklumat yang disampaikan kepada anda semua. Mohon maaf kerana tugasan sebagai administrator negeri membuatkan Cikgu sibuk kebelakangan ini. Terima kasih kerana masih setia menatap blog ini saban hari dan memberikan komen yang membina di ruangan bual terapeutik. Anda adalah sumber inspirasi Cikgu untuk terus menggunakan medium ini bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru bimbingan tanpa mengira tempat dan masa. Terima kasih.Rabu, 2009 Oktober 14
Diam-Diam Ubi, Walaupun Diam Tetapi Berisi
Agak lama cikgu tidak update blog ini walaupun sering dikunjungi oleh pengunjung setia tiap hari. Tiada entri baru yang dimasukkan dan tiada maklumat yang disampaikan kepada anda semua. Mohon maaf kerana tugasan sebagai administrator negeri membuatkan Cikgu sibuk kebelakangan ini. Terima kasih kerana masih setia menatap blog ini saban hari dan memberikan komen yang membina di ruangan bual terapeutik. Anda adalah sumber inspirasi Cikgu untuk terus menggunakan medium ini bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru bimbingan tanpa mengira tempat dan masa. Terima kasih.Dicatat oleh Admin UBK SKPP91 di 22:31 0 ulasan
Label: Coretan GBKSM
UBK SKPP9(1) Seiring Memanfaatkan ICT Dalam Perkhidmatan

Minggu lepas tiga buah komputer telah dimasukkan ke dalam bilik bimbingan dan kaunseling sekolah menggantikan sebuah komputer lama yang terdapat di bilik ini. Komputer berjenama Lenovo terbaru ini adalah hasil sumbangan pihak luar kepada sekolah. Atas keprihatinan dan inisiatif pihak pentadbir yang begitu bermurah hati dan memahami akan kepentingan unit bimbingan dan kaunseling maka tiga buah komputer telah diletakkan di bilik khas ini. Dua diletakkan di dalam bilik GBKSM dan satu diletakkan di ruang tamu untuk kegunaan murid mendapatkan bahan dan maklumat. Apa yang menari komputer ini mempunyai skrin yang besar. Selain itu komputer ini juga akan diisi dengan perisian bagi mengenal pasti tahap pemikiran dan kepantasan murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sememangnya UBK ingin membitarakan perkhidmatannya kepada semua murid. Kewujudan blog ini adalah salah satu usaha kami dalam meningkatkan keberkesanan perkhidmatan. Fasa pertama proses pembitaraan unit ini telah dilakukan dengan mengumpul semua maklumat berkaitan. Insya’Allah tahun hadapan bilik UBK juga akan di naik taraf bagai memenuhi kriteria sebenar sebuah bilik bimbingan dan kaunseling. Doakan segala usaha kami dipermudahkan hendak-Nya. Kepada pihak pentadbir terutamanya Guru Besar Pn. Nafishah, terima kasih daun keladi kami ucapkan. Kalau ada apa-apa lagi selepas ini, kecil tapak tangan padang bola sekolah kami tadahkan. Jazakallahu khairan kathira.
Sabtu, 2009 Oktober 03
Kelakar: Unta Kluster
GBKSM1: Kisah unta ini dipaparkan agar menjadi satu pengajaran kepada murid sekalian. Ingatlah sehebat mana pun kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan pihak sekolah tetapi sekiranya murid sendiri tidak mahu, tidak tahu atau menyalahgunakan kemudahan maka tiada ertinya kemudahan tersebut disediakan. Sepatutnya sebagai sekolah yang telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan anda perlu memanfaatkan segala kemudahan yang terdapat sekolah ini dengan sebaiknya. Betapa bertuahnya anda di sekolah ini jika hendak dibandingkan dengan murid lain yang berada di sekolah luar bandar. Apabila prasarana sekolah kelas pertama, pastikan juga anda bermentaliti kelas pertama bukannya bermentaliti kelas ketiga. Fikir-fikirkan.
Dicatat oleh Admin UBK SKPP91 di 22:49 2 ulasan
Label: Kisah dan Tauladan
Isnin, 2009 September 28
Adab - Adab Pergaulan
Dipetik daripada Kitab Mau'izatul Mu'minin, karya Imam Al-Ghazali.Jika kamu ingin berbual secara baik dan sopan, maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini:
Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan sekali-kali kamu menampakkan sikap angkuh, sombong dan berasa tinggi diri.
Rendahkanlah dirimu tapi bukan kerana perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal, letakkan menurut ukuran yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan dari segala macam perkara itu pasti tidak baik dan tercela.
Jangan gemar melihat di kedua sampingmu, kanan atau kiri. Jangan pula banyak menoleh ke mana-mana. Jangan pula terlampau tajam memandang orang lain. Jikalau engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana orang yang tidak tenang duduknya dan seperti orang yang hendak melompat-lompat sahaja.
Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak tenang, kata-katamu selalu teratur dan tertib. Dengarlah hati-hati percakapan orang yang ada di mukamu, tanpa menunjukkan kehairanan yang amat sangat. Jangan pula engkau biasa meminta orang lain mengulangi perbicaraannya. Jikalau ada hal-hal yang mentertawakan, maka diamlah secepat mungkin.
Janganlah dalam bercakap-cakap itu engkau membanggakan dirimu sendiri, anak-anakmu, rambutmu, karangan-karanganmu atau apa sahaja yang engkau anggap suatu keistimewaan dalam dirimu atau keluargamu.
Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan. Janganlah engkau dianggap manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama oleh lawanmu. Jauhkanlah sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu. Jangan sesekali berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang.
Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda kemarahanmu, ucapkanlah isi hatimu dengan baik.
Jumaat, 2009 September 25
Isnin, 2009 September 14
Sedia Kit H1N1 Ketika Raya
KUALA LUMPUR: Bimbang dengan kemungkinan Influenza A (H1N1) merebak pantas ke seluruh negara berikutan pergerakan besar-besaran rakyat ketika cuti Aidilfitri hujung minggu ini, orang ramai disaran membawa bersama kit pencegahan H1N1 sepanjang masa dan ke mana saja mereka pergi. Mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman atau bercuti sempena cuti panjang Aidilfitri minggu depan juga diminta menjaga kebersihan diri dan sentiasa peka terhadap tanda-tanda kemungkinan dijangkiti penyakit itu. Ahad, 2009 September 13
Keistimewaan Malam Lailatul Qadar
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".
Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.
Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.
Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.
Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:
- Menghayati malam tersebut dengan ibadah
- Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
- Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
- Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
- Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
- Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
*Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.
Sumber: http://www.al-azim.com/
Jumaat, 2009 September 11
Bagaimana Menghilangkan Perasaan Marah
Khamis, 2009 September 10
Coretan GBKSM1: Pengalaman Menjadi Pengawas Peperiksaan
Dicatat oleh Admin UBK SKPP91 di 22:25 0 ulasan
Label: Coretan GBKSM
Selasa, 2009 September 08
All The Best!!!
Sabtu, 2009 September 05
GEMURUH UPSR SKPP9(1)
'
*** Untuk melihat video klik 'STOP' pada ruangan radio di sebelah bawah kanan blog.
'
Memandangkan peperiksaan UPSR tinggal beberapa jam sahaja dari sekarang maka cikgu paparkan video kursus motivasi yang pernah murid sekalian sertai satu ketika dahulu. Satu kenangan yang manis buat cikgu sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini bersama dengan anda semua murid-murid tahun enam 2009. Semoga perasaan gemuruh yang anda rasakan sekarang adalah gemuruh yang membawa kejayaan dan kegemilangan seterusnya memecahkan rekod pencapaian terbaik UPSR sekolah ini. GOOD LUCK IN YOUR EXAMS!!!
Jumaat, 2009 September 04
Motivasi Inspirasi Untuk Kejayaan
Cikgu paparkan video ini untuk dijadikan sumber inspirasi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang merasakan dirinya tertekan dan putus harapan untuk berjaya. Semoga ia menjadi pembakar semangat dan inspirasi buat anda. Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki sekarang dan hargainya ia sementara masih ada terutamanya kedua ibu bapa. Buktikan bahawa andalah insan terpilih dan terbaik dilahirkan ke dunia ini walaupun dengan serba kekurangan.
'
*** Untuk melihat video klik 'STOP' pada ruangan radio di sebelah bawah kanan blog.
'
"KECEMERLANGAN akan tercipta apabila INDIVIDU BIASA, daripada keluarga biasa, dengan kecerdasan biasa, tetapi BERUSAHA secara LUAR BIASA!!!"
Persediaan Menghadapi Peperiksaan
Persediaan Menghadapi Peperiksaan
· Tenangkan fikiran
· Berdoa
· Yakin
· Bijak bahagi masa
· Merancang jawapan
· Jawapan selaras dengan kehendak soalan
· Jawab soalan sebagaimana diarahkan
· Jawapan perlu jelas agar difahami pemeriksa
· Tulisan kemas dan cukup besar
· Semak / teliti semula jawapan
Malam Sebelum Peperiksaan
Lakukan amalan kerohanian yang sewajarnya.
• Sembahyang / Doa / Minta doa & restu ibu bapa
• Pakaian bersih. / Peralatan tulis / jam
• Wang saku / bekalan / Lain-lain keperluan
Tidur awal
• Elakkan dari menonton TV.
• Jika perlu telefon kawan, lakukan secara ringkas
• Pastikan memasang jam penggera masa.
Pagi Peperiksaan
· Mandi air suam.
· Sembahyang hajat.
· Sarapan / sahur
· Minum glukosa
· Pakai minyak wangi.
Keluar rumah cium tangan ibu bapa.
· Datang awal.
Semasa Di Luar Dewan Peperiksaan
· Tenangkan diri
· Elakkan perbincangan
· Lakukan senaman ringan
· Kemaskan diri
· Tarik nafas panjang
· Ambil Wuduk
· Periksa Semua Peralatan
· Buang Air Kecil / Besar
· Doa Beramai-Ramai
Semasa Di Dalam Dewan Peperiksaan
· Baca selawat / langkah kanan.
· Duduk dengan selesa.
· Berdoa.
· Tarik nafas panjang beberapa kali.
· Senyum untuk lebih tenang dan yakin.
· Yakin, “ Dapat Jawab Dengan Cemerlang ”.
· Dengar arahan pengawas.
· Baca arahan dalam kertas dengan teliti.
· Bahagikan masa dengan bijak.
· Buat rangka jawapan.
· Jika tidak faham arahan atau soalan, angkat tangan.
· Jangan berkelakuan yang mencurigakan.
· Beristighfar kalau tidak dapat jawab atau hilang punca.
· Semak semula jawapan.
· Tidak melukis sebarang gambar
· Elakkan menulis surat rayuan
Petua Selepas Peperiksaan
· Luangkan masa untuk bersalam dan ucap terima kasih kepada guru-guru pengawas.
· Ambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan.
· Kalau kurang yakin dengan sebarang jawapan, tidak perlu dibincangkan dengan rakan.
· Ucapkan terima kasih dan minta maaf kepada guru-guru anda.
· Ketepikan tabiat melepas geram dengan merosakkan kelengkapan dan peralatan sekolah.
· Aturkan perancangan bagi mengisi masa cuti.
Khamis, 2009 September 03
DOA SEBAGAI SENJATA MUKMININ (KHUSUS BUAT CALON UPSR 2009)

Mungkin ada dikalangan pelajar yang mengalami 'stress' atau tertekan apabila menjelangnya peperiksaan besar seperti UPSR. Sesungguhnya peperiksaan itu ibarat medan pertempuran.Mari kita susuri sirah junjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW dimana baginda turut berperang menentang musyrikin dalam bulan Ramadhan yang dinamakan Perang Badar dan beroleh kejayaan yang amat besar dengan pertolongan oleh Allah SWT. Semoga para pelajar mengambil iktibar dari kisah ini dan turut sama beroleh kejayaan yang cemerlang di dalam UPSR yang bakal menjelma.
Setelah hampir enam tahun para pelajar menimba ilmu, berusaha bersungguh-sungguh dan tibalah masanya para pelajar diuji dengan peperiksaan UPSR. Para pelajar telah gigih berusaha,perlu yakin diri, doa dengan seikhlas hati tanpa ragu-ragu dengan pertolongan ALLAH dan seterusnya bertawakal dan berserah kepada ALLAH mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan akan mendapat kejayaan yang setimpal,INSYAALLAH.
Kami di Unit Bimbingan dan Kaunseling mendoakan para pelajar beroleh kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR 2009 dan GOOD LUCK!ALL THE BEST!
Isnin, 2009 Ogos 03
Program Motivasi Dan Pembelajaran Luar Bilik Darjah UPSR 2009 di Taman Putra Perdana, Putrajaya.
Program ini diadakan di Taman Putra Perdana, Putrajaya. Sebuah kawasan taman yang cantik dan menarik yang terdapat di Putrajaya. Untuk menjayakan program ini seramai 15 orang guru dan 167 orang murid terlibat. Murid telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dan akan bergerak ke 10 stesen yang telah disediakan dan diwakili oleh seorang atau dua orang guru yang bertindak sebagai fasilitator. Setiap stesen pula mewakili mata pelajaran - mata pelajaran tertentu dan masa yang telah diperuntukkan bagi setiap satu stesen ialah 30 minit untuk satu kumpulan. Makan dan minum peserta dan guru pada waktu tersebut disediakan. Adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan apabila melihat murid bergerak untuk mencari gurunya untuk belajar dan mendapatkan ilmu. Terima kasih kepada guru-guru terlibat terutamanya semua guru tahun 6 yang tidak kenal erti penat pada hari tersebut walaupun ada yang kering tekak kerana terpaksa bercakap tanpa henti. Semoga dengan usaha ini kita bakal mencipta sejarah lagi dengan melahirkan murid terbanyak untuk mendapat 5A pada tahun ini.
Sabtu, 2009 Julai 04
Tahniah Kepada Pemenang
PENGALAMANKU SEMPENA CUTI SEKOLAH
Kelas : 6 Argon
Hari ini Ahad,8 Jun, aku sekeluarga dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu. Jam sedang menunjukkan pukul 8:15 pagi. Beginilah keadaan aku setiap kali merancang untuk bertolak awal pastinya selalu berlaku kelewatan akibat beberapa perkara kecil yang perlu diselesaikan. Ayahku selalu mengingatkan agar sentiasa menguruskan masa dengan baik. Dalam hatiku berkata bagaimana untukku bersiap awal sedangkan banyak perkara yang perlu diselesaikan seperti memberi makan hamster, ikan dan kucing (sebenarnya bukan kucing aku pun..).
Sebelum sampai ke destinasi, aku sekeluarga berhenti rehat dan makan di sebuah restoran di Cheneh, Terengganu. Makanan di restoran itu juga sungguh menyelerakan dan keadaan di kedai itu juga bersih (tapi..tahap kebersihan kedai itu adalah B). Apabila aku selesai makan, aku sempat menoleh ke sebelah kedai lain dan mendapati kedai tersebut mempunyai tanda A. Maknanya yang paling bersih.. (adoii..tak apa lah, lagipun dah habis makan dah..). Selepas makan, aku meneruskan perjalanan.
Kami singgah sebentar di kedai ibu saudaraku di Ajil. Aku sungguh gembira kerana dapat berjumpa dengan ibu saudaraku. Sewaktu di sana, aku, ibu, ibu saudara dan dua orang sepupuku singgah di kedai keropok ikan kegemaran ibuku. Selepas itu kami pergi ke kedai ‘sata’. Sata itu sejenis makanan yang diperbuat daripada ikan, kelapa muda dan cili. Rasanya sungguh enak. Makanan ini biasanya dibakar dengan menggunakan arang. Makanan ini juga ‘popular’ di kalangan orang Terengganu. Selasai membayar, kami berpatah balik ke kedai ibu saudaraku. Sementara makan, aku juga berpeluang melihat bapa saudaraku mengupas buah salak untuk dijadikan jeruk. Jeruk salak ini dijual dengan harga RM 2 sebungkus.
Semasa dalam perjalanan pulang ke hotel, kami ternampak beberapa payung putih di tepi pantai. Keadaan di situ kelihatan seperti di pasar malam. Aku meminta ayahku untuk membawa kami ke sana dan kebetulan pula pada waktu itu waktu maghrib. Ayahku menyatakan bahawa sekiranya aku mahu ke sana, kewajipan solat perlu ditunaikan dahulu. Terdapat dua buah masjid sewaktu dalam perjalanan kami. Aku meminta ayahku berhenti solat maghrib di masjid yang pertama. Ayahku meneruskan perjalanan dan berhenti di masjid yang kedua. Kami menunaikan solat maghrib di situ. Selesai solat maghrib, ayahku berpatah balik untuk membawa aku dan ibuku ke tempat tadi. Rupa-rupanya itu adalah Pesta Pantai untuk tahun ini. Banyak pondok yang diperbuat daripada buluh dan daun nipah kelihatan di persisiran pantai. Terdapat lebih kurang 40 buah pondok didirikan di situ sempena Pesta Pantai yang menggabungkan penduduk di dalam sebuah kampung. Acara pada malam itu adalah acara pertunjukkan wayang kulit. Aku tidak membeli apa-apa pun sewaktu berada di sana. Walaupun aku pulang dengan tangan kosong, aku berasa puas hati kerana dapat melihat keadaan di situ.
9 Jun, selesai bersarapan pagi, aku dan ibuku pergi ke tepi pantai untuk mengambil udara segar dan bermain layang-layang di situ. Malangnya cuaca pada waktu itu panas sehingga membuatkan ku berpeluh seperti berdiri di tengah padang bola sepak. Aku juga tidak berkesempatan untuk bermain layang-layang. Pada waktu itu juga, ibuku berjanji untuk menemani ku bermain layang-layang pada petang ini. Pada jam 10:45 pagi, aku dan ibuku pergi ke Pasar Payang untuk membeli barang. Di situ juga terdapat banyak jenis pilihan barangan yang boleh dibeli. Antaranya baju batik, kain pelikat, rantai kunci dan bermacam-macam lagi. Aku dan ibuku membeli barang seperti seluar, baju, kain batik dan kain pelikat di situ. Sebelum kami ke pasar, kami pergi ke kedai jahit untuk menempah baju seragam ibuku. Baju itu akan kami ambil esok memandangkan esok adalah hari terakhir kami di sini.
Pada waktu petang pula, kami sekeluarga pergi ke pantai untuk bermain layang-layang. Kebetulan pula pada waktu itu aku terserempak dengan dua orang rakan kerja ayahku (seorang lelaki dan seorang wanita). Ketika bermain layang-layang, rakan wanita ayahku mengajak aku dan ibu untuk bermandi-manda di laut. Aku juga sempat melihat ibuku berasa gelisah pada waktu itu. Lama dipujuk, akhirnya ibuku mengalah, kami bertiga bermandi-manda di laut dengan seronok manakala ayahku dan rakan lelakinya sedang berborak sambil memerhatikan kami bertiga.
Pada sebelah malam pula, kami sekeluarga dan beberapa orang rakan ayahku makan malam bersama di sebuah restoran di Marang. Perjalanan untuk ke retoran tersebut mengambil masa lebih kurang 15 minit. Makanan di situ juga sungguh memuaskan. Selesai membayar, kami pulang ke hotel dengan gembira.
Hari ini, 10 Jun, hari yang membuatkan aku rasa tidak berapa puas berada di situ kerana hari ini adalah bukan hari yang aku nantikan. Hari ini adalah hari terakhir aku dan ibu berada di sini. Walaupun kami berdua akan pulang pada jam 9:15 malam, aku berasa tidak puas hati kerana aku merasakan bahawa masa berlalu dengan cepat sekali. Walaupun kelihatan lambat, tetapi bagiku awal sekali kerana aku dan ibu bukan pulang dengan menaiki kereta, malah dengan menaiki kapal terbang.
Aku dan ibu ke kedai jahit untuk mengambil baju. Jam juga menunjukkan 3:30 petang. Pada jam 5:30 petang, kami sekeluarga pergi bermandi-manda di laut sekali lagi. Malangnya, kami terpaksa mandi sekejap sahaja. Ini kerana aku dan ibu terpaksa mengemaskan barang-barang dan cepat bersiap sedia untuk pulang.
Masa yang tak pernah dinanti-nantikan telah tiba. Jam sedang menunjukkan 8:45 malam apabila kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Selepas bersalaman dengan ayah dan menurunkan segala beg yang pelu dibawa pulang daripada boot kereta, kami berdua terus menuju ke Departure Hall (tempat berehat semasa menunggu kapal terbang tiba). Apabila kami menyimpan barang-barang di rak yang disediakan kami duduk di tempat kami. Aku berasa sangat gembira sewaktu berada di dalam kapal terbang.
Sebaik sahaja sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kami mengambil barang lalu berjalan meluru ke stesen keretapi (ERL). Selepas kami tiba di Putrajaya Sentral, kami mengambil teksi sebagai kenderaan pengangkutan kami. Apabila kami tiba di rumah, kami mengemaskan barang-barang dan membersihkan diri. Selepas itu, kami ke dapur untuk makan malam walaupun jam sudah menunjukkan 10:30 malam. Ini kerana kami tidak sempat makan malam sebelum bertolak tadi. Selepas makan, kami berehat sebentar dan terus masuk ke bilik untuk tidur. Sebelum tidur, aku memikirkan sesuatu… ‘walaupun terpaksa pulang awal, aku tetap gembira kerana itu adalah kenangan manis ku sempena cuti sekolah ini… “Selamat malam…”
Melawat Ke Zoo Negara
Kelas : 5 Mangifera
Pada cuti sekolah tahun lepas, saya dan keluarga saya pergi ke Zoo Negara. Pada waktu itu, saya lihat para pengunjung tidak berapa ramai lagi. Ini kerana, kami datang di sana pada awal pagi. Haiwan pertama yang kami lihat di situ ialah gajah dan zirafah. Saya berasa gembira kerana ini kali pertama saya dapat tengok gajah secara dekat.Selepas lihat gajah dan zirafah, saya dan keluarga saya pergi jalan-jalan sekitar zoo. Semasa tengah jalan-jalan itu, saya dapat lihat banyak binatang. Contohnya seperti singa, harimau, buaya, ular, burung dan macam-macam lagi. Kami juga ada pergi melawat ke tempat orang utan. Saya berasa geli hati tengok telatah orang utan itu. Saya menangkap gambar bersama-sama orang utan itu.
Setelah penat berjalan-jalan, kami pergi ke suatu gerai makan yang ada di situ untuk mengisi perut yang sudah lapar. Selepas mengisi perut, kami pergi jalan-jalan ke gerai cenderamata. Saya lihat banyak cenderamata yang dijual di sini. Contohnya anak patung, baju dan sebagainya. Saya menyuruh ayah saya membeli baju yang terdapat di situ.
Kemudian, kami pergi ke tempat pameran kuda, burung dan ular. Di situ, saya dan kakak saya bergambar bersama-sama haiwan tersebut. Saya berasa takut dan geli untuk memegang ular sawa. Ibu pun tidak berani dan berasa takut juga untuk memegang binatang-binatang tersebut.
Saya dan kakak saya berasa sangat penat kerana kami asyik berjalan-jalan sahaja. Saya tidak melepaskan peluang untuk pergi melihat aksi anjing laut yang terdapat di Zoo. Aksi anjing laut itu sungguh kelakar dan menakjubkan. Kakak saya merakamkan kenangan itu di dalam kamera.
Dalam pukul 2 petang, makcik saya telefon ayah saya kerana dia hendak datang ke rumah pada waktu petang. Kami berasa kelam kabut untuk pulang ke rumah dengan cepat. Mak saya menyuruh ayah saya singgah ke Alamanda untuk membeli lauk untuk mereka. Dalam kereta, kami tertidur kerana terlalu penat berjalan. Akhirnya, saya dan keluarga saya sampai rumah pada pukul 4 petang.
BERCUTI KE TAMAN NEGARA, PAHANG
Nama : Nuraina Farhanah Binti Mohd Suffian
Sampai sahaja di Kuala Tahan, kami singgah di restoran terapung untuk makan tengahari dan solat Zohor. Selepas itu, kami menyeberangi sungai dengan menaiki bot untuk ke Mutiara Resort. Sampai sahaja di Mutiara Resort, ayah saya pergi membuat pendaftaran masuk ke bilik penginapan. Tempat penginapan saya adalah berdekatan dengan hutan. Saya ternampak seekor babi hutan sedang berkeliaran.
Sebelah petang pula, saya telah pergi ke perkampungan orang asli kaum Batek. Mereka merupakan kaum yang pemalu. Tok Batinnya bernama John Kumbang. Dia menunjukkan cara-cara untuk menghidupkan api dengan kaedah unik menggunakan kayu. Dia juga menunjukkan cara menyumpit untuk memburu binatang.
Pengalaman ini amat bermakna bagi saya. Saya tidak akan melupakan pengalaman ini.
Isnin, 2009 Jun 29
Influenza A H1N1 : Lindungi Diri Anda
Berikut adalah info yang cikgu ambil dari laman Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan cara untuk mencegah penularan virus Influenza A H1N1 (Selsema Babi). Diharapkan murid dapat mengamalkannya bagi mengelakkan penyakit ini berjangkit seterusnya memberikan kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sekiranya anda menpunyai simptom-simptom seperti yang dinyatakan segera bertemu dengan doktor untuk mengesahkan status kesihatan anda. Bersama kita berdoa agar kita dijauhi dari penyakit ini.
*Sila 'Klik' gambar untuk besarkan dan fahami secara jelas virus Influenza A H1N1.
Dicatat oleh Admin UBK SKPP91 di 01:03 0 ulasan
Label: Info Sihat






